Pizza Ceria
Posted by
MyZahra
at
8:14 PM
Tuesday, June 30, 2009
BAHAN-BAHAN UTK DOH PIZZA:(boleh buat 5 keping pizza seperti saiz dlm gmbr)
1kg tepung gandum
11g instant yis (satu paket)
1cawan gula
2 sudu teh garam
4 sudu makan marjerin
sedikit minyak (x kisah minyak masak, minyak jagung atau olive oil)
sedikit serbuk origano( kalau x da..x pa..x yah bubuh)
500ml air (lebih kurang la....450ml pun ok)
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin, minyak, dan air. Gaul sampai semua bahan bercampur rata.
2. Masukkan marjerin, gaul lagi sampai marjerin bercampur dgn semua bahan. (jadi mcm crumb)
3. masukkan air. uli sampai jadi doh yang licin. kalau doh rasa lekat ditangan...maksudnya air berlebihan..dan tambah sikit tepung supaya x lekat.
4. akhir sekali tuangkan minyak. dan uli lagi sampai rata. (sukatan minyak....tuang je kat tapak tangan. ok la tu)
5. biarkan doh kembang selama 1 jam atau dua kali ganda dari saiz asal. (mana yg lebih cepat)
6. bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki.
7. canai doh lebih kurang setebal 1cm-2cm. letak atas baking tray. biarkan 15 minit. buat lubang pada doh menggunakan garpu utk pengudaraan.
8. panaskan oven 200 darjah celcius selama sepuluh minit. guna api atas dan bwh.
9. bakar doh pizza selama 10-15minit.
nota: doh pizza yg sudah dibakar...boleh disejuk beku kalau x mau buat banyak.
BHN INTI: (ikut suka korang nak buat camner...kat bwh ni versi aku...simple ja)
isi ayam secukupnya (aku rebus je...pas tu hiris nipis)
sos tomato
nanas kiub(dlm tin...hiris nipis)
cendawan butang (dlm tin...pun hiris nipis )
lada benggala (kalau ada)
cheddar cheese( sesuka hati nak letak bnyk mana)
mozarella cheese ( sama gak....kalau bajet lebih leh letak banyak2....lebih sedap dari pizza hut..hehehe)
CARA:
1. Sapukan sos tomato di seluruh permukaan roti. (kalau mo guna sos cili dan mayonis pun boleh)
2. taburkan sikit parutan keju mozarella.
3. susun bhn2 inti ikut kreativiti sendiri.
4. taburkan parutan keju cheddar. ( ikut selera sendiri..kalau suka cheese bnyk leh letak lebih)
5. Taburkan parutan keja mozarella di seluruh permukaan pizza.
6. Bakar lagi pada suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.
7. Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ITU AKU
- MyZahra
- Aku bukan tukang masak.... tapi aku suka mencuba untuk memasak... dan aku suka bila orang makan apa yang aku masak...
My Fevret... :D
Total Pageviews
Categories
Popular Posts
-
Sup Ketam dan Cendawan Ala Oriental Bahan: 100 gram cendawan bunga (dihiris) 1 paket crab stick (dicarik-carik) 4 sudu besar tepung ja...
-
Assalammualaikum… Malam ni tetiba jer teringin nak makan nugget buatan sendiri. Resepi nugget ni dapat dari blog Jintan Manis. Sedap… 2 mi...
-
Vanilla cupcake with chocolate topping.... penat mendeko walaupun bunga x berapa menjadi... bangga la jugak sbb kawan puji cantik... Yang ni...
Resepi
Feedjit
My Word
Assalammualaikum wbt..
Blog ni sekadar tempat utk berkongsi pengalaman, perasaan, dan pendapat. Semoga ianya memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya, walaupun sesetengahnya setakat coretan kosong yang tak memberi makna. Maklum je la, bukan jiwa penulis...hehehe,...jd kebanyakan artikel dalam blog ni aku copy paste je dari mana2 sumber yang aku suka baca.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penyiaran artikel di blog ini. Maafkan aku sebab ada antara artikel ni aku x minta kebenaran daripada tuan punya sebelum memuatkan dalam blog ni. Apa pun semoga bahan2 yang diperolehi dari kalian memberi manfaat kepada semua.
Akhir kata andai ada kesilapan, sepuluh jari ku susun tanda maaf dipinta.
Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan keburukan itu datangnya dari diri ku sendiri.
Wassalam.
Blog Archive
Powered by Blogger.