·.·´¯`·Pau Ayam·´¯`·.·

Sunday, July 19, 2009

BAHAN INTI:


1kg isi ayam (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan gula (boleh kurang @ tambah)
1 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu teh perasa (kalau x suka, x payah bubuh)
2 sudu makan tepung jagung (campurkan dgn sedikit air)
sedikit minyak utk menumis


CARA:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang
    putih sehingga wangi, kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong
    dadu. Tumis sehingga bawang besar kelihatan layu.

  • Masukkan isi
    ayam. Kacau sehingga rata. Biarkan air dari isi ayam keluar. Masak dengan
    api sederhana.

  • Masukkan sos
    tiram dan sos cili. Kacau hingga sebati.

  • Setelah air
    mula mengering masukkan kicap pekat. Kacau rata. Masukkan garam, perasa
    dan gula.

  • Setelah ayam
    sudah masak, masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air
    utk memekatkan kuah ayam. Gaul rata, tutup api dan biarkan sejuk.


BAHAN DOH:

1kg tepung gandum
200g gula
11g instant yeast
10g baking powder
2 sudu makan lemak sayuran (shortening)
450ml air


Cara membuat :
  • Campurkan tepung, gula, yis, dan baking powder.
    Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

  • Masukkan
    lemak sayuran. Gaul dengan tangan sehingga sebati.

  • Buat lubang
    ditengah-tengah (2). Masukkan air. Uli doh sehingga rata dan licin
    menggunakan tangan.

  • Biarkan doh
    kembang selama 30 minit.

  • Bahagikan
    doh kepada 20 bahagian. ( jika mahu buat pau yang lebih kecil, boleh
    bahagikan doh kepada 40 bahagian).

  • Canaikan doh
    yang telah dibahagikan tadi. Masukkan inti dan bentukkan. Buat satu
    persatu sehingga habis.

  • Biarkan lagi
    selama 15 minit.

  • Kukus pau
    selama 10 minit.







Tips:
  • Jangan tutup tudung periuk kukus terlalu rapat
    untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas pau.

  • Jangan
    biarkan pau kembang terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan doh pau yang
    dibuat bertukar kekuningan. (tidak putih)

  • Untuk
    memastikan pau sudah masak, tekan perlahan pau dengan jari, sekiranya pau
    yang ditekan tenggelam maksudnya pau belum masak. Jika sudah masak pau
    tersebut akan kembali seperti bentuk asal bila ditekan perlahan.

0 comments:

Post a Comment