Hikayat Seorang Anak.....1

Sunday, July 19, 2009
Tiba2 je aku terkenang kembali zaman persekolahan yang telah lama ditinggalkan. Sekolah Menengah Sains Miri..... terlalu banyak kenangan yang mencuit hati....tak kurang juga kenangan yang ingin ku lupakan. Apa pun, kenangan manis di sini lebih banyak daripada yang pahit...kerana pengalaman yang dirasakan pahit ketika di alam persekolahan rupanya merupakan pengalaman yang terindah bila menginjak ke alam persekolahan. Disinilah aku mula kenal erti kehidupan. Destinasi pertama yang ku tuju untuk berjauhan dari keluarga......

Flash back........

Keputusan UPSR sudah lama keluar. Dengan keputusan yang sederhana je, aku tak mengharapkan apa-apa. Yang aku tahu, aku menunggu hari untuk mendaftar di sekolah menengah berhampiran dengan kediaman ku. Masuk tingkatan satu...wah..nampaknya aku semakin dewasa...itulah yang bermain difikiranku....tak sabar rasanya nak guna pakaian seragam biru muda...atau dgn kata lain pinafore biru.
Cuti sekolah sudah semakin hampir ke penghujungnya. Aku semakin berdebar-debar memikirkan suasana persekolahan baru yang bakal ditempuhi nanti. Kat dalam kelas mana agaknya aku diletakkan. Adakah dalam kelas yang terbaik...atau kelas yang tercorot... Adakah kawan-kawan rapatku nanti akan sekelas denganku. Tak sanggup nak bayangkan kalau terpisah. Yela...dah 6 thn sekelas...tetiba je duduk dalam kelas yang berasingan, tentu rasa ganjil.
Suatu hari aku dapat pesanan (rumah x der telefon....terpaksa pesan kat org) dari guru besar, meminta supaya aku dan ibu bapaku pergi menemuinya. Ada khabar gembira katanya. Rupanya aku ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh. Mak bapak aku memang bangga dengan aku masa tu... semua family pun bangga...tp ada juga yang tak puas hati. Biasala....adat manusia, tak boleh tengok orang lain dapat lebih.
Tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu. Bapak aku berusaha cari duit lebih semata-mata nak hantar aku belajar ke sekolah tu. Mak bapak mana yang tak nak anaknya bersekolah di salah sebuah sekolah terbaik. Kesian kat bapak aku. Berapalah sangat gajinya sebagai seorang buruh kasar. Gaji cukup2 untuk bagi makan kami sekeluarga je.
Akhirnya aku berjaya jugak mendaftar masuk di sekolah tu. Dalam keseronokan belajar di tempat baru, aku sedikit terkilan dengan bapak. Ye la.... cuba korang fikir....pernah tak mak atau bapak korang tulis semua jumlah perbelanjaan untuk korang dalam buku hutang. Mesti tak pernah kan.... Tapi itulah yang bapak aku buat. Aku bersekolah dalam keadaan berhutang. Setiap sen yang dibelanjakan untuk menanggung persekolahan ku akan direkodkan dalam sebuah buku kecik. Sampai duit untuk beli colgate dan berus gigi pun dimasukkan. Tu belum kira duit untuk bayar yuran sekolah lagi.
Alasan bapak aku...dia tak percaya pada diriku. Dia yakin suatu hari nanti bila aku sudah berjaya, aku akan jadi anak yang tak kenang budi. Aku akan jadi Si Tanggang yang lupa pada asal-usulnya. Bila tiba masa itu...dia akan tuntut setiap sen yang telah dibelanjakan dan buku kecik itu menjadi bukti.
Sampai hati bapak buat aku macam tu. Aku berjanji pada diriku sendiri, aku akan buktikan pada bapak....aku bukan seperti yang dia fikirkan. Aku akan jadi seorang anak yang tak pernah lupa pada ibu bapanya. Aku akan belajar bersungguh-sungguh. Ini janji ku.


Akan datang......kisah aku di sekolah menengah....

0 comments:

Post a Comment