Istimewa untukmu...

Monday, June 20, 2011

Assalammualaikum… dah lebih sebulan tak update blog ni. Sibuk + malas…. Hehehe… lagipun bulan lepas baru je lepas keguguran. Sedih sangat… tu yang jadi salah satu sebab tak der mood nak update blog ni…. Kali ni nak kongsi gambar pau yang baru je masak tadi. Hubby teringin sangat nak makan… dah lama x buat… risau juga kalau2 x menjadi. Alhamdulillah..hubby puas hati. Hubby makan sampai 5 biji… hahaha… sedap la tu kot. Pau ayam ni khas untuk hubby sempena hari bapa… tahun ni tak dapat nak belanja kek dari Secret Recipe… hehehe… Happy Father’s Day untuk hubby…


Pau yang baru masak….



Inti ayam masak kicap dan cendawan butang



Yummy… sedap dimakan ketika masih panas…



Resepi pau ni sama je dengan resepi pau yang dulu… beza nya kali ni aku tukar air sejuk jadi air suam. Saja nak buat perubahan. Lagipun aku nak doh pau ni lebih cepat kembang sebab aku mula buat pau pukul 9 malam… org pun dah nak tidur dah tunggu pau masak…. Tapi demi pau ayam kicap nie… seisi rumah sanggup bersengkang mata tau… hehehe… aku apa lagi… kembang la jugak kena puji… hehehe.

Pie Tee???... hahaha....

Monday, May 2, 2011

Pie tee ku x menjadi… hehehe… Dah lama dah nak try buat pie tee ni. Tp sbb x de acuan terpaksa la delay… Tak sangka pulak masa tgh jalan2 last week boleh terjumpa pulak dengan acuan pie tee ni. Tu pun tinggal satu je. Nasib baik ada. Hikhikhik…

Hari ni… balik je dari keje… (penat dan letih tuhan je yang tau)… dengan semangat nak buat pie tee yang membuak2 ni… aku pun cuba la buat pie tee. Konon nya kalau menjadi…next year nak wat pie tee masuk lam menu besday party… hasil nya korang tengok la sendiri… entri kali ni x de resepi sebab tukang masak dia masih fail ekekeke… nanti bila dah expert baru bulih share resepi…



Cawan yang dh ada inti… nasib baik boleh makan… hehehe



Yang ni masa mula buat cawan pie tee…. Ada yang pecah… sebab lekat kat acuan… ekeke



… ni dah terer sikit kot…sbb ada la jugak yang menjadi… hehehe… bangga wooo…




Pie tee ni tunggu masa nak disantap…

Hmmm… Nampak nya cubaan kali pertama ni x begitu menjadi… harap2 kali kedua nanti menjadi dan terbaekkk… huhu…

Nugget Ayam Taufu

Saturday, April 30, 2011

Assalammualaikum…

Malam ni tetiba jer teringin nak makan nugget buatan sendiri. Resepi nugget ni dapat dari blog Jintan Manis. Sedap… 2 minggu lepas ada cuba buat ikut resepi asal. Malam ni tetiba je rasa nak alter sikit… hehehe… dh terlebih alter…hasil nya jadi la macam ni… (resepi asal sila klik sini)


Nugget Ayam Taufu

Bahan-bahan:

500 gram isi ayam (dipotong kecil dan nipis)

400 gram taufu lembut (dihancur)

1½ cawan tepung gandum

1 cawan bread crumb

½ biji telur ayam

2 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam

1 sudu teh perasa

Sedikit serbuk lada

Bahan Coating:

2 biji telur ayam

3 cawan bread crumb

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan sehingga rata.

2. Bentukkan nugget mengikut citarasa masing-masing.

3. Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.

4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga nugget berwarna kuning keemasan.

5. Boleh juga disimpan sejuk beku.

6. Selamat mencuba.


Nugget yang belum digoreng.

Selamat menjamu selera...yummy.