Nugget Ayam Taufu

Saturday, April 30, 2011

Assalammualaikum…

Malam ni tetiba jer teringin nak makan nugget buatan sendiri. Resepi nugget ni dapat dari blog Jintan Manis. Sedap… 2 minggu lepas ada cuba buat ikut resepi asal. Malam ni tetiba je rasa nak alter sikit… hehehe… dh terlebih alter…hasil nya jadi la macam ni… (resepi asal sila klik sini)


Nugget Ayam Taufu

Bahan-bahan:

500 gram isi ayam (dipotong kecil dan nipis)

400 gram taufu lembut (dihancur)

1½ cawan tepung gandum

1 cawan bread crumb

½ biji telur ayam

2 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam

1 sudu teh perasa

Sedikit serbuk lada

Bahan Coating:

2 biji telur ayam

3 cawan bread crumb

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan sehingga rata.

2. Bentukkan nugget mengikut citarasa masing-masing.

3. Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.

4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga nugget berwarna kuning keemasan.

5. Boleh juga disimpan sejuk beku.

6. Selamat mencuba.


Nugget yang belum digoreng.

Selamat menjamu selera...yummy.

Ayam Masak Merah

Wednesday, April 27, 2011

Ayam Masak Merah Ibu Mertuaku


Bahan-bahan:

(A)

2 ekor ayam (dipotong-potong)

Sedikit serbuk kari

Sedikit serbuk kunyit

Garam

Tepung roti marie secukupnya

(B)

4 biji bawang putih

4 biji bawang merah

2 inci halia

(c)

1 paket rempah tumis

1 botol besar sos cili

½ paket kecil cili boh

1 gelas air

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk memasak secukupnya.


Cara-cara:

1) Campurkan semua bahan A. Goreng ayam didalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan.

2) Kisar semua bahan B.

3) Tumis bahan B bersama dengan rempah tumis sehingga wangi dan kekuningan.

4) Masukkan sos cili dan cili boh. Kacau hingga rata. Masak hingga keluar minyak.

5) Masukkan air dan biar mendidih.

6) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

7) Akhir sekali masukkan ayam yang sudah digoreng. Biar sehingga mendidih.

8) Tutup api dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.



Sedap dimakan bersama nasi putih…

Cerita tentang cinta…..

Monday, April 25, 2011

Cerita tentang cinta…..


Pertama kali aku kenal cinta…

setiap kali aku dengar tentang nya, hati ku berdebar-debar.

Setiap kali aku lihat orang lain memuja nya, terdetik rasa cemburu.

Setiap kali aku dengar panggilan nya, jiwa ku meronta meskipun ia bukan ditujukan untuk ku….

Bila aku dapat cinta…

Seluruh hidupku berubah….

Bagiku itu adalah anugerah yang tidak terhingga…

Pada mulanya, aku begitu teruja,

Cinta ku begitu mekar, tidak sedetik pun aku lupa tentang nya…

Aku sanggup berkorban demi cinta itu…

Bak kata pepatah…

“nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan,

Hilang emak, hilang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan”

Namun… lama-kelamaan… cinta itu bagaikan pudar…

Segala pengorbanan sebelumnya bagaikan tiada apa-apa…

Panggilan nya sudah tidak diendahkan lagi…

Suruhan nya sudah tidak dituruti…

Larangannya sudah tidak dipeduli….

Mana pergi cinta itu….

Bila aku hilang cinta…

Pada mulanya aku rasa tiada beza…

Aku seronok dengan cinta baru yang ku anggap cinta…

Aku rasa… ini baru cinta…

Jiwa mula terkeliru… terfikir…adakah pilihan yang dulu itu salah?

Menyesal?... Keliru?... Alpa?....

Semuanya bercampur menjadi satu…

Lama kelamaan jiwa mula rasa kosong…

Aku mula rindu pada cinta yang hilang itu…

Aku mula mencari cinta yang sudah hilang itu….

Baru ku sedar rupanya pilihan itu tidak salah…

Yang salah nya aku kerana terlalu menurut hati….

Rupanya cinta yang hilang itu…

Cinta yang agung…

Satu cinta yang suci…

Cinta yang hakiki…

Ya Allah…

Kembalikan cinta itu pada ku…

Tumbuhkan rasa cintaku kepada Mu…

Anugerahkan rasa rinduku kepada Mu…

Ku mohon Ya Allah…

Amin Ya Rabbalalamin….

Sup Ketam & Cendawan Ala Oriental

Friday, April 22, 2011

Sup Ketam dan Cendawan Ala Oriental













Bahan:

100 gram cendawan bunga (dihiris)

1 paket crab stick (dicarik-carik)

4 sudu besar tepung jagung ( dicairkan dengan sedikit air)

3 biji bawang putih

2 sudu besar sos tiram

4 kiub pati ayam

4 biji telur ayam ( boleh dikurangkan ikut suka)

2 liter air

Sedikit minyak

Sedikit serbuk lada

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan kiub pati ayam, dan sos tiram.

3. Masukkan cendawan dan tumis sehingga agak layu.

4. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

5. Masukkan crab stick, dan biar mendidih sekali lagi.

6. Kecilkan api, masukkan tepung jagung sambil dikacau perlahan-lahan supaya tepung tidak berketul.

7. Renehkan selama 5 minit.

8. Tutup api dan masukkan telur ayam yg sudah dipukul sedikit dengan garpu sambil dikacau dengan perlahan.

9. Siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera.

p/s: kalau ada stok cendawan lain, boleh juga dimasukkan cendawan lain. Biasanya saya turut masukkan golden mushroom ke dalam sup. Tapi kali ni tak, sebab stok cendawan x banyak. Kiub ayam pula, boleh ditukar kepada air rebusan tulang ayam. Cuma kena la tambah garam dan serbuk perasa sikit. Kalau guna kiub ayam, semua rasa dah cukup dah.

Sup yang sudah siap untuk dimakan…

The Chosen One - Maher Zain

Thursday, April 21, 2011





The Chosen One lyrics

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasulullah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasulullah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


Kek Buah-Buahan Campuran

Tuesday, April 19, 2011

Assalammualaikum…

Hari ni saya nak share resepi kek buah. Salah satu kek kegemaran saya. Resepi ni diturunkan oleh mak mertua saya kepada saya… Alhamdulillah, sejak pandai buat kek buah ni, saya selalu terima tempahan untuk kek ni. Jadi, kepada korang yang nak makan tapi tak nak buat…order je la ek… kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan…. Hehehe…



Kek Buah-buahan

Bahan:

5 biji telur ayam

500g mentega

250g gula

700g tepung gandum

90g tepung gandum (dicampur bersama buah campuran)

1kg buah-buahan campuran

1 tin susu pekat manis

2 sudu teh essen vanilla

Cara:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Masukkan susu pekat manis dan essen vanilla. Gaul sebati.

4. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga rata dan tepung tidak berketul.

5. Masukkan buah-buahan campuran dan gaul hingga rata.

6. Masukkan adunan ke dalam acuan 10”x10” dan kukus selama 6 jam.

Selamat mencuba.



No title....

Monday, April 18, 2011

Assalammualaikum…..

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal orang lempang orang… ni la kali pertama aku tengok org lempang org secara live selain dari masa mak aku lempang aku masa kecik2 dulu…( kantoi la pulak…pernah kena lempang dgn mak… hehehe).

Cerita nya begini…..

Pada suatu pagi isnin…. Klinik tempat aku keja, sibuk macam biasa… kebetulan masa tu aku bertugas kat kaunter… semasa aku tengah sibuk menyibukkan diri aku sendiri… aku terdengar suara org tgh mencarut… bunyi lebih kurang ##*&%#)@... kat sini x leh taip lebih2… korang paham2 sendiri la ek…

Rupa2nya….ada salah faham berlaku antara 2 org pesakit ni… Si A kata… Si B tolak dia…. Tp Si B pula berkali2 minta maaf… cakap dia x sengaja… Malang nya Si A x nak terima alasan tu. Ingatkan dah settle… Tak semena-mena… sampai depan kaunter je… Si A tampar muka Si B….

Aku respect giler la kat Si B ni… Kalau aku kat tempat dia…kompom dah gaduh besar dah… (p/s: cakap je…buat nya tak… hehehe). Si B boleh buat selamba lagi… Aku pulak yang geram…

Apa yang buat aku rasa terkilan kat sini… Si A ni berbangsa Melayu. Si B pula bangsa lain…. Perangai buruk Si A ni… secara tak langsung memberi pandangan negatif bangsa lain terhadap bangsa Melayu. Bukankah bangsa Melayu terkenal dengan adat, adab sopan dan macam2 lagi sifat yang mulia.

Ke mana hilang nya adab sopan yang diterapkan sejak zaman nenek moyang kita?... kalau ye pun marah, control la sikit. Takkan nak tunjuk perangai x senonoh tu di khalayak ramai? Lagipun, orang kan dah minta maaf….

Adoiii… aku pulak yang terlebih emosional ni… bagi aku, x salah kalau sesekali kita ketepikan ego kita… Tunduk ke bumi x bermakna kita hina, mendongak ke langit x bermakna kita mulia…

Aiyaa… aku pun x tau nak cakap apa dah…. Huhuhu… aku bukan seorang penulis…. Aku Cuma nak kongsi apa yang aku rasa jer…

My Last Lucky Day…

Saturday, April 16, 2011



Last day?... macam saspen jer kan? Hehehe… last day umo 28 la… esok 17 April 2011… usia saya dah genap 29 tahun… lagi satu tahun nak cecah 30an… huhuhu… cepat nya masa berlalu. Umur dah meningkat usia makin pendek… banyak mana lah agak nya saham akhirat yang dah dikumpul ni… kalau difikirkan kompom nangis la… huhuhu… simpanan x bertambah…hutang pula x berkurang. Ya Allah andainya sehari lagi dpt untuk menghapus segala dosa yang telah aku lakukan di muka bumi ini… Ku pohon agar kau berikan aku sehari itu untuk aku bertaubat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

PR DUN Sarawak 2011

Assalammualaikum!

Salam satu Malaysia… :D, pilihanraya?... mcm berat je tajuk entri kali ni… hehehe…

Tak berat mana pun sebenarnya, saja je nak kongsi pengalaman pertama kali pergi mengundi. Nervous gila…. Org yang stand pun x nervous macam ni kot. Nak hulur myKad pun tangan menggigil. Adoi… kenapa la gigil sampai thp macam tu.

Bila dah dapat slip undi tu.. boleh pulak blur beberapa second… ala… lupa la pulak nak wat cam ner…. Nak pangkah ke nak tick jer?.... nasib baik ler pangkah… kalau tick x pasal2 dpt undi rosak… hahaha… nervous punya pasal.

Apa pun, saya dah tunaikan tanggungjawab sebagai pemilih…. Anda pula cam ner?... Undi la dengan bijak… ekeke… (macam nak kempen pulak dah). Apa??? Nak tau saya pangkah apa? Syyyyyyyhhhhhhhh!!!! Undi adalah rahsia… hehehe…..

Yang penting kita kena ingat…. Masa depan Negara di tangan kita…. Kerana kitalah yang memilih siapa pemimpin kita. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna…. Chewah… siap ada peribahasa pulak dah.

Senang cerita, tepuk kepala tanyalah hati….. undi kita hak kita… cau cincau…..

Kek Cawan Vanilla


Vanilla cupcake with chocolate topping.... penat mendeko walaupun bunga x berapa menjadi... bangga la jugak sbb kawan puji cantik...


Yang ni resipi asal dari blog ALAM SARI... p/s: cik sari, time kasih byk ek sbb sudi share resepi kat blog... maaf le sbb main copy paste jer .... penyakit malas menaip tetiba je datang.... hehehe

Bahan-bahan kek cawan:
  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor/ gula pasir halus
  • 5 biji telur ayam
  • 1 1/2 st esen vanilla
  • 310 gm tepung gandum*
  • 2 st baking powder*
  • 1 st baking soda* (ayak bersama bahan bertanda*)
  • 200 gm coklat cip
Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 - 180'C.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memutar sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan yang diayak. Putar perlahan sehingga semuanya sebati, matikan mesin.
  6. Masukkan coklat cip, gaul dengan spatula hingga rata.
  7. Sudukan ke dalam mangkuk kertas yang disukai lebih kurang lebih sedikit dari setengah mangkuk. (3/4 pun banyak sangat)
  8. Bakar antara 25 hingga 30 minit, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi bagi menguji.
Bahan Krim
  • 250 gm krim keju
  • 125 gm mentega
  • 3 sb gula icing (rasa manis mengikut citarasa anda)
Putarkan semuanya sehingga gebu dan putih. Sapu dan hiaskan di atas kek cawan bila ianya betul-betul sejuk.


yang ni pulak versi saya sendiri.... hehehe... (sebenarnya tukar topping je) ekeke...
Saya guna chocolate ganache.... sebab tu je stok bhn yang ada masa buat cupcake ni....

Ganache Coklat

Bahan:
  • 200 gram coklat gelap (dipotong kecil2)
  • 200 gram "non dairy whipping cream"
Cara:
  1. Panaskan krim sehingga suam. (boleh panaskan terus pada api atau guna microwave je)
  2. Curahkan krim yang sudah suam ke dalam coklat. Kacau hingga sebati.
  3. Biarkan ganache pekat dalam tempoh 2-4 jam.
  4. Sapukan ganache yang pekat pada cupcake.

Untuk buat bunga pulak, saya guna butter cream jer... pas tu bubuh kaler hijau (pandan paste) dan merah (strawberry emulco)...

p/s: kalau nak tukar perisa pun boleh... hari tu saya tukar vanilla kepada chocolate emulco... jadi kek cawan coklat la pulak... hehehe... SELAMAT MENCUBA....

NUR KASIH

Tuesday, April 12, 2011
Tajuk: Nur Kasih
Penyanyi: Yassin

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



Suka sangat dengar lagu ni... hmmm... cemburu tgk cinta Nur Amina terhadap Adam... hehehe...ooopss... ya Allah kurniakanlah cinta kepadaku dan suamiku... hehehe... dah lama x tgk wayang... bila dpt tahu drama Nur Kasih ni dh ke layar perak rasa teringin pulak nak tgk. Lagipun citer ni fevret mama... Papa pulak...kata biasa jer... tp dulu bila drama Nur Kasih ke udara... papa pulak yang lebih excited... hehehe... tp ape pun.... Nur Kasih mmg best... x sia2 tgk...
p/s: Cinta Nur terhadap Adam x dapat tandingi cinta mama terhadap papa...... sayang papa selamanya... love you....mmmuahhh...

1st Picnic with Aqil

Monday, April 11, 2011

Hari Ahad!!! Lama dah x pegi picnic... jadi satu family plan nak pegi picnic last minute... x prepare apa2 pun... hehehe... tempat nak pegi pun x pasti lagi... tau2 je nak gi picnic... Akhirnya semua setuju nak pegi ke Ranchan Pool... ( sebenarnya x suka sangat nak ke sini sbb kemudahan kurang n kebersihan x terjaga).... ni la antara gambar aqil yang sempat diambil.....




Aqil dah tak sabar nak masuk dlm air...



seronok nya Aqil main air...



Papa, Aqil & Ummi....... Mama nya x de, sbb tgh sibuk pegang kamera... hehehe... jeles nya sbb x leh nak enter frame... ekekeke...



eee...sejuknya...... ok x leh mandi lama-lama... nanti demam la pulak... hehehe...




Yellow Pumpkin

Tuesday, April 5, 2011
Pada suatu petang.... seorang menantu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk anaknya yang baru berusia setahun... tiba-tiba ibu mertuanya datang...

Ibu mertua : Masak apa tu?
Menantu : sup labu untuk baby.
Ibu mertua : Mak tak pasti la kalau perut baby tu boleh terima labu ni... kalau ikutkan x sesuai...
Menantu : kenapa?
Ibu Mertua : silap hari bulan boleh sakit perut budak tu nanti...
Menantu : (Diam je.... malas nak jawab sedangkan dalam fikiran nya.......)


Dalam hati menantu berkata....

Tahukah mak bahawa labu itu kaya dengan vitamin A dan C?
Tahukah mak bahawa labu itu juga kaya dengan sumber fiber dan serat?
Tahukah mak bahawa isi labu yang manis itu sesuai untuk cucu mak yang kurang selera makan?

hehehe.... apa pun labu tu memang sedap dimakan. Cuma mungkin orang dulu-dulu tak berani nak bagi baby makan labu sebab mereka kategorikan labu ni dalam kategori 'sejuk'.....