Yellow Pumpkin

Tuesday, April 5, 2011
Pada suatu petang.... seorang menantu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk anaknya yang baru berusia setahun... tiba-tiba ibu mertuanya datang...

Ibu mertua : Masak apa tu?
Menantu : sup labu untuk baby.
Ibu mertua : Mak tak pasti la kalau perut baby tu boleh terima labu ni... kalau ikutkan x sesuai...
Menantu : kenapa?
Ibu Mertua : silap hari bulan boleh sakit perut budak tu nanti...
Menantu : (Diam je.... malas nak jawab sedangkan dalam fikiran nya.......)


Dalam hati menantu berkata....

Tahukah mak bahawa labu itu kaya dengan vitamin A dan C?
Tahukah mak bahawa labu itu juga kaya dengan sumber fiber dan serat?
Tahukah mak bahawa isi labu yang manis itu sesuai untuk cucu mak yang kurang selera makan?

hehehe.... apa pun labu tu memang sedap dimakan. Cuma mungkin orang dulu-dulu tak berani nak bagi baby makan labu sebab mereka kategorikan labu ni dalam kategori 'sejuk'.....

0 comments:

Post a Comment