Tujuh kalimat

Tuesday, July 28, 2009
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak

disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima

musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam

sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa

Kenapa Perlu Sujud?

Friday, July 24, 2009
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

·.·´¯`·c0r4t-c0r3t___2·´¯`·.·

Monday, July 20, 2009
MySpace Comments

Make Love Letters at GlitterBell.com

MySpace Comments

Make Love Letters at GlitterBell.com

MySpace Comments

Make Love Letters at GlitterBell.com

MySpace Comments

Make Love Letters at GlitterBell.com

MySpace Comments

Make Love Letters at GlitterBell.com

MySpace Comments

Make Love Letters at GlitterBell.com

·.·´¯`·AKU, KAU BERBEZA...·´¯`·.·



AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya
. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3...anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini
:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. ...sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikayat Seorang Anak.....1

Sunday, July 19, 2009
Tiba2 je aku terkenang kembali zaman persekolahan yang telah lama ditinggalkan. Sekolah Menengah Sains Miri..... terlalu banyak kenangan yang mencuit hati....tak kurang juga kenangan yang ingin ku lupakan. Apa pun, kenangan manis di sini lebih banyak daripada yang pahit...kerana pengalaman yang dirasakan pahit ketika di alam persekolahan rupanya merupakan pengalaman yang terindah bila menginjak ke alam persekolahan. Disinilah aku mula kenal erti kehidupan. Destinasi pertama yang ku tuju untuk berjauhan dari keluarga......

Flash back........

Keputusan UPSR sudah lama keluar. Dengan keputusan yang sederhana je, aku tak mengharapkan apa-apa. Yang aku tahu, aku menunggu hari untuk mendaftar di sekolah menengah berhampiran dengan kediaman ku. Masuk tingkatan satu...wah..nampaknya aku semakin dewasa...itulah yang bermain difikiranku....tak sabar rasanya nak guna pakaian seragam biru muda...atau dgn kata lain pinafore biru.
Cuti sekolah sudah semakin hampir ke penghujungnya. Aku semakin berdebar-debar memikirkan suasana persekolahan baru yang bakal ditempuhi nanti. Kat dalam kelas mana agaknya aku diletakkan. Adakah dalam kelas yang terbaik...atau kelas yang tercorot... Adakah kawan-kawan rapatku nanti akan sekelas denganku. Tak sanggup nak bayangkan kalau terpisah. Yela...dah 6 thn sekelas...tetiba je duduk dalam kelas yang berasingan, tentu rasa ganjil.
Suatu hari aku dapat pesanan (rumah x der telefon....terpaksa pesan kat org) dari guru besar, meminta supaya aku dan ibu bapaku pergi menemuinya. Ada khabar gembira katanya. Rupanya aku ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh. Mak bapak aku memang bangga dengan aku masa tu... semua family pun bangga...tp ada juga yang tak puas hati. Biasala....adat manusia, tak boleh tengok orang lain dapat lebih.
Tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu. Bapak aku berusaha cari duit lebih semata-mata nak hantar aku belajar ke sekolah tu. Mak bapak mana yang tak nak anaknya bersekolah di salah sebuah sekolah terbaik. Kesian kat bapak aku. Berapalah sangat gajinya sebagai seorang buruh kasar. Gaji cukup2 untuk bagi makan kami sekeluarga je.
Akhirnya aku berjaya jugak mendaftar masuk di sekolah tu. Dalam keseronokan belajar di tempat baru, aku sedikit terkilan dengan bapak. Ye la.... cuba korang fikir....pernah tak mak atau bapak korang tulis semua jumlah perbelanjaan untuk korang dalam buku hutang. Mesti tak pernah kan.... Tapi itulah yang bapak aku buat. Aku bersekolah dalam keadaan berhutang. Setiap sen yang dibelanjakan untuk menanggung persekolahan ku akan direkodkan dalam sebuah buku kecik. Sampai duit untuk beli colgate dan berus gigi pun dimasukkan. Tu belum kira duit untuk bayar yuran sekolah lagi.
Alasan bapak aku...dia tak percaya pada diriku. Dia yakin suatu hari nanti bila aku sudah berjaya, aku akan jadi anak yang tak kenang budi. Aku akan jadi Si Tanggang yang lupa pada asal-usulnya. Bila tiba masa itu...dia akan tuntut setiap sen yang telah dibelanjakan dan buku kecik itu menjadi bukti.
Sampai hati bapak buat aku macam tu. Aku berjanji pada diriku sendiri, aku akan buktikan pada bapak....aku bukan seperti yang dia fikirkan. Aku akan jadi seorang anak yang tak pernah lupa pada ibu bapanya. Aku akan belajar bersungguh-sungguh. Ini janji ku.


Akan datang......kisah aku di sekolah menengah....

·.·´¯`·Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF·´¯`·.·

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5.
utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas ,
krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna
kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

·.·´¯`·Peristiwa Israk & Mikraj·´¯`·.·

Sempena malam Israk & Mikraj, aku nak kongsi artikel mengenai peristiwa israk dan mikraj ni. Setelah beberapa jam search kat google.....akhirnya aku menemui artikel yang betul2 menepati kehendakku......


Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi
oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat
Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripadaAllah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanamanmereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu olehJibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahumengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka(qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan dagingmentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdayamemikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapisudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan duniadaripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untukbertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
  • Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  • Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., NabiIbrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa danSharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T: Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai
jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan
kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
4. Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).
Wallahu A’alam.

Sumber: http://www.ustazmelaka.net

·.·´¯`·Wanita Cantik yg suka Menangis..·´¯`·.·

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya


" tempat dimana cinta itu ada."
Selamilah hati wanita mu..

dan ingatlah...
Setiap Wanita itu Cantik.

·.·´¯`·DARI SEORANG LELAKI·´¯`·.·


Yang pompuan udah kawen tu....hehehe pass pass kat hubby u all.........

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-anak
tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan
tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu
rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki
itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki
penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke
bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam. lelaki itu cemas
mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya
terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya
lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita
hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya,
kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa
kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah,
duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering
menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya
merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN
KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang
lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times
boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah
tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat
depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting
from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to
criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt
something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...
Mas uk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun
melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang
mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile
yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu
mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik
tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin
bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite,
very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh
pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar
betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita
rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah
dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini
kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
you.

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi
when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan
seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure
24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt, boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya ,
tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh
chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh berg ayu t kat talipon
ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Mas uk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik
sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar
bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa
leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada
cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak
membebel, takde orang nak pulas t elin ga. Our life graph becomes very
the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat
telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak
membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup
tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!
Sekian terima kasih.


mudah-mudahan ada gak perubahan yerrr......


p/s: diterima melalui email dari seorang sahabat. suka baca artikel ni. sebab tu i nak kongsi dgn semua. mungkin ada yang pernah baca....

·.·´¯`·y0u will l0v3 th1s·´¯`·.·

An old lady was standing at the railing of the cruise ship
holding her hat tight
so that it would not blow away in the wind.
A gentleman approached her and said,
"Pardon me, madam.
I do not intend to be forward
but did you know that your dress
is blowing up in this high wind?"


"Yes, I know," said the lady.
"I need both my hands
to hold onto this hat."

"But madam, you must know that you are
not wearing any panties
and your privates are exposed!"
said the gentleman in earnest.

The woman looked down,
then back up at the man
and replied,
"Sir, anything you see down there
is 85 years old.
I just bought this hat yesterday!"

·.·´¯`·trU3 l0v3·´¯`·.·

Beautiful Lesson !!!!!!!!


cid:image012.jpg@01C9AD24.EE96D4E0
The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23.
The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US.
Katie has termi nal cancer and spend hours a day receiving medication.
In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of quimo to end.



cid:image013.jpg@01C9AD24.EE96D4E0

In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care
of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss





cid:image014.jpg@01C9AD24.EE96D4E0
An unusual accessory at the party
was the oxygen tube that ketie used throughout the ceremony and reception as well.
The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see her son marrying his high school sweetheart.




cid:image015.jpg@01C9AD24.EE96D4E0
Katie, in her wheelchair with the oxygen tube, listening a song from her husband and friends




cid:image016.jpg@01C9AD24.EE96D4E0
At the reception, katie had to take a few rests.The pain do not let her to be standing up for long periods





cid:image017.jpg@01C9AD24.EE96D4E0

Katie died five days after her wedding day. Watching a women so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think...... Happiness is reachable, no matter how long it last. We should stop making ou
r lives complicated.


Life is short

Break the rules

forgive quickly

kiss passionately, love truly

laugh constantly

And never stop smiling
no matter how strange life is

Life is not always the party we expected to be

but as long as we are here, we should smile and be grateful….

·.·´¯`·c0r4t-c0r3t__1·´¯`·.·,




Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Sunday Comments


Hari Ahad,...hari yang ditunggu oleh kebanyakan orang. Hujung minggu katakan. Hari cuti. Inilah masa untuk bersama keluarga. Inilah masa untuk berehat setelah penat bekerja. Inilah masa untuk berjumpa si dia. Seronoknya kalau setiap hari ialah hari Ahad.
Hari Ahad...bagi aku pula, sama je mcm hari lain sebab aku tak cuti. Ahad pun kerja? Itulah soalan yang sering dilemparkan. Nak buat macam mana, inilah bidang yang aku pilih. Berkhidmat untuk masyarakat setempat... hehehe..... ye ke? Apa pun yang seronok nya keja hari Ahad ni, kerja setengah hari je. Tak de la penat mana pun. Cuma kena bangun awal je. Kalau org lain lepas solat subuh boleh sambung tidur balik. Bangun pula, bila2 rasa nak bangun. Aku pulak, lepas subuh memang la sambung tidur, tapi lepas tu pukul 7 pagi kena bangun semula siap nak pergi keja.
Tapi tak pa, sbb tengah bulan ada duit extra. Biasala..keja lebih masa. hehehe....

Huhuhu... tak sabar tunggu giliran cuti hari ahad...



×÷·.·´¯`·nUr k4s1H·´¯`·.·÷×


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Flower Comments


×÷·.·´¯`·nUr k4s1H·´¯`·.·÷×

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


·.·´¯`·su4ra hat1·´¯`·.·


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Flower Comments

Lagu “Keamanan

Artis “Hijjaz & Rabbani & Raihan & Brothers”

Tangisan Selubungi Alam

Kisah Manusia Yg Terluka

Terhina Di Bumi Sendiri

Kifarah Terbiar Dari Ilahi

Hilang Segala Apa Yg Dibina

Kehancuran Memusnah Melata

Kehidupan Insan Tak Bermaya

Dengan Air Mata

Sukar Bertukar Duka

Cahya Harapan Berubah Gelita

Kepayahan Hidup Yg Amat Sengsara

Keamanan

Kedamaian

Keharmonian

dan Kasih Sayang

Harapan Dalam Kehidupan

Setiap Insan

Hulurkan Bantuan

Kepada Yang Memerlukan

Perhatian dan Pembelaan

Belah Kasihan

Semaikan Benih Keimanan

Agar Ia Tumbuh Subur

Memayungi Kita

Sinar dan Harapan

Pasti Kan Tiba

Menerangi Hidup Diri Kita

Memerlukan Pengorbanan Semua

Masa Hadapan Yg Kita Impikan

Dunia Yg Penuh Ceria

Hidup Aman Sentosa

Bahagia

Korus

Keamanan

Kedamaian

Keharmonian

dan Kasih Sayang

Harapan Dalam Kehidupan

Setiap Insan

Hulurkan Bantuan

Kepada Yg Memerlukan

Perhatian dan Pembelaan

Belah Kasihan

Hentikan Sengketa

Hilangkanlah Penderitaan

Kita Sesama Manusia

Bersaudara


·.·´¯`·Pau Ayam·´¯`·.·


BAHAN INTI:


1kg isi ayam (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan gula (boleh kurang @ tambah)
1 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu teh perasa (kalau x suka, x payah bubuh)
2 sudu makan tepung jagung (campurkan dgn sedikit air)
sedikit minyak utk menumis


CARA:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang
    putih sehingga wangi, kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong
    dadu. Tumis sehingga bawang besar kelihatan layu.

  • Masukkan isi
    ayam. Kacau sehingga rata. Biarkan air dari isi ayam keluar. Masak dengan
    api sederhana.

  • Masukkan sos
    tiram dan sos cili. Kacau hingga sebati.

  • Setelah air
    mula mengering masukkan kicap pekat. Kacau rata. Masukkan garam, perasa
    dan gula.

  • Setelah ayam
    sudah masak, masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air
    utk memekatkan kuah ayam. Gaul rata, tutup api dan biarkan sejuk.


BAHAN DOH:

1kg tepung gandum
200g gula
11g instant yeast
10g baking powder
2 sudu makan lemak sayuran (shortening)
450ml air


Cara membuat :
  • Campurkan tepung, gula, yis, dan baking powder.
    Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

  • Masukkan
    lemak sayuran. Gaul dengan tangan sehingga sebati.

  • Buat lubang
    ditengah-tengah (2). Masukkan air. Uli doh sehingga rata dan licin
    menggunakan tangan.

  • Biarkan doh
    kembang selama 30 minit.

  • Bahagikan
    doh kepada 20 bahagian. ( jika mahu buat pau yang lebih kecil, boleh
    bahagikan doh kepada 40 bahagian).

  • Canaikan doh
    yang telah dibahagikan tadi. Masukkan inti dan bentukkan. Buat satu
    persatu sehingga habis.

  • Biarkan lagi
    selama 15 minit.

  • Kukus pau
    selama 10 minit.







Tips:
  • Jangan tutup tudung periuk kukus terlalu rapat
    untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas pau.

  • Jangan
    biarkan pau kembang terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan doh pau yang
    dibuat bertukar kekuningan. (tidak putih)

  • Untuk
    memastikan pau sudah masak, tekan perlahan pau dengan jari, sekiranya pau
    yang ditekan tenggelam maksudnya pau belum masak. Jika sudah masak pau
    tersebut akan kembali seperti bentuk asal bila ditekan perlahan.

·.·´¯`·r1ndUny4·´¯`·.·

hmm... tetiba jak rasa rindu ngan zaman training.... semua dah ada kehidupan sendiri sekarang. ada yang dah kawen, beranak-pinak, dan ada juga yang baru merancang nak mendirikan rumah tangga. 3 tahun bersama, mcm2 je cabaran, pengalaman dan kenangan yang dilalui bersama. ada yang pahit, dan ada juga yang manis, yang masam2 manis pun ada kot. tp inilah kehidupan.
entah apa khabar berita diorang sekarang ni. masing2 dah hilang tanpa berita. tak sabar rasa nya nak join reunion di Kundasang, Sabah, awal November nanti. Semoga tali persahabatan yang semakin longgar ini, akan terikat kuat kembali seperti dulu...aminnn..

·.·´¯`·su4ra h@t1__1·´¯`·.·

Saturday, July 18, 2009
Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

hai... wat masa ni x tau lagi nak tulis apa kat dlm blog ni. Insya Allah, kalau ada idea, maklumat yang berguna dan apa2 saja yang boleh dikongsikan bersama, nanti saya letak kat dalam ni.

blog ni sekadar utk suka2 jer. untuk luahan perasaan kot. heheheh...(walaupun setakat ni x de benda lagi nak diluahkan) Sebab ada masa kita x sanggup nak meluahkan apa yg terbuku dihati kita pd org lain. jadi mungkin ini cara yang terbaik untuk sampaikan apa yang kita x mampu nak sampaikan.



Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Flower Comments