Istimewa untukmu...

Monday, June 20, 2011

Assalammualaikum… dah lebih sebulan tak update blog ni. Sibuk + malas…. Hehehe… lagipun bulan lepas baru je lepas keguguran. Sedih sangat… tu yang jadi salah satu sebab tak der mood nak update blog ni…. Kali ni nak kongsi gambar pau yang baru je masak tadi. Hubby teringin sangat nak makan… dah lama x buat… risau juga kalau2 x menjadi. Alhamdulillah..hubby puas hati. Hubby makan sampai 5 biji… hahaha… sedap la tu kot. Pau ayam ni khas untuk hubby sempena hari bapa… tahun ni tak dapat nak belanja kek dari Secret Recipe… hehehe… Happy Father’s Day untuk hubby…


Pau yang baru masak….



Inti ayam masak kicap dan cendawan butang



Yummy… sedap dimakan ketika masih panas…



Resepi pau ni sama je dengan resepi pau yang dulu… beza nya kali ni aku tukar air sejuk jadi air suam. Saja nak buat perubahan. Lagipun aku nak doh pau ni lebih cepat kembang sebab aku mula buat pau pukul 9 malam… org pun dah nak tidur dah tunggu pau masak…. Tapi demi pau ayam kicap nie… seisi rumah sanggup bersengkang mata tau… hehehe… aku apa lagi… kembang la jugak kena puji… hehehe.