Cerita tentang cinta…..

Monday, April 25, 2011

Cerita tentang cinta…..


Pertama kali aku kenal cinta…

setiap kali aku dengar tentang nya, hati ku berdebar-debar.

Setiap kali aku lihat orang lain memuja nya, terdetik rasa cemburu.

Setiap kali aku dengar panggilan nya, jiwa ku meronta meskipun ia bukan ditujukan untuk ku….

Bila aku dapat cinta…

Seluruh hidupku berubah….

Bagiku itu adalah anugerah yang tidak terhingga…

Pada mulanya, aku begitu teruja,

Cinta ku begitu mekar, tidak sedetik pun aku lupa tentang nya…

Aku sanggup berkorban demi cinta itu…

Bak kata pepatah…

“nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan,

Hilang emak, hilang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan”

Namun… lama-kelamaan… cinta itu bagaikan pudar…

Segala pengorbanan sebelumnya bagaikan tiada apa-apa…

Panggilan nya sudah tidak diendahkan lagi…

Suruhan nya sudah tidak dituruti…

Larangannya sudah tidak dipeduli….

Mana pergi cinta itu….

Bila aku hilang cinta…

Pada mulanya aku rasa tiada beza…

Aku seronok dengan cinta baru yang ku anggap cinta…

Aku rasa… ini baru cinta…

Jiwa mula terkeliru… terfikir…adakah pilihan yang dulu itu salah?

Menyesal?... Keliru?... Alpa?....

Semuanya bercampur menjadi satu…

Lama kelamaan jiwa mula rasa kosong…

Aku mula rindu pada cinta yang hilang itu…

Aku mula mencari cinta yang sudah hilang itu….

Baru ku sedar rupanya pilihan itu tidak salah…

Yang salah nya aku kerana terlalu menurut hati….

Rupanya cinta yang hilang itu…

Cinta yang agung…

Satu cinta yang suci…

Cinta yang hakiki…

Ya Allah…

Kembalikan cinta itu pada ku…

Tumbuhkan rasa cintaku kepada Mu…

Anugerahkan rasa rinduku kepada Mu…

Ku mohon Ya Allah…

Amin Ya Rabbalalamin….

0 comments:

Post a Comment