No title....

Monday, April 18, 2011

Assalammualaikum…..

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal orang lempang orang… ni la kali pertama aku tengok org lempang org secara live selain dari masa mak aku lempang aku masa kecik2 dulu…( kantoi la pulak…pernah kena lempang dgn mak… hehehe).

Cerita nya begini…..

Pada suatu pagi isnin…. Klinik tempat aku keja, sibuk macam biasa… kebetulan masa tu aku bertugas kat kaunter… semasa aku tengah sibuk menyibukkan diri aku sendiri… aku terdengar suara org tgh mencarut… bunyi lebih kurang ##*&%#)@... kat sini x leh taip lebih2… korang paham2 sendiri la ek…

Rupa2nya….ada salah faham berlaku antara 2 org pesakit ni… Si A kata… Si B tolak dia…. Tp Si B pula berkali2 minta maaf… cakap dia x sengaja… Malang nya Si A x nak terima alasan tu. Ingatkan dah settle… Tak semena-mena… sampai depan kaunter je… Si A tampar muka Si B….

Aku respect giler la kat Si B ni… Kalau aku kat tempat dia…kompom dah gaduh besar dah… (p/s: cakap je…buat nya tak… hehehe). Si B boleh buat selamba lagi… Aku pulak yang geram…

Apa yang buat aku rasa terkilan kat sini… Si A ni berbangsa Melayu. Si B pula bangsa lain…. Perangai buruk Si A ni… secara tak langsung memberi pandangan negatif bangsa lain terhadap bangsa Melayu. Bukankah bangsa Melayu terkenal dengan adat, adab sopan dan macam2 lagi sifat yang mulia.

Ke mana hilang nya adab sopan yang diterapkan sejak zaman nenek moyang kita?... kalau ye pun marah, control la sikit. Takkan nak tunjuk perangai x senonoh tu di khalayak ramai? Lagipun, orang kan dah minta maaf….

Adoiii… aku pulak yang terlebih emosional ni… bagi aku, x salah kalau sesekali kita ketepikan ego kita… Tunduk ke bumi x bermakna kita hina, mendongak ke langit x bermakna kita mulia…

Aiyaa… aku pun x tau nak cakap apa dah…. Huhuhu… aku bukan seorang penulis…. Aku Cuma nak kongsi apa yang aku rasa jer…

0 comments:

Post a Comment