Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ITU AKU
- MyZahra
- Aku bukan tukang masak.... tapi aku suka mencuba untuk memasak... dan aku suka bila orang makan apa yang aku masak...
My Fevret... :D
Total Pageviews
Categories
Popular Posts
-
Sup Ketam dan Cendawan Ala Oriental Bahan: 100 gram cendawan bunga (dihiris) 1 paket crab stick (dicarik-carik) 4 sudu besar tepung ja...
-
Assalammualaikum… Malam ni tetiba jer teringin nak makan nugget buatan sendiri. Resepi nugget ni dapat dari blog Jintan Manis. Sedap… 2 mi...
-
Vanilla cupcake with chocolate topping.... penat mendeko walaupun bunga x berapa menjadi... bangga la jugak sbb kawan puji cantik... Yang ni...
Resepi
Feedjit
My Word
Assalammualaikum wbt..
Blog ni sekadar tempat utk berkongsi pengalaman, perasaan, dan pendapat. Semoga ianya memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya, walaupun sesetengahnya setakat coretan kosong yang tak memberi makna. Maklum je la, bukan jiwa penulis...hehehe,...jd kebanyakan artikel dalam blog ni aku copy paste je dari mana2 sumber yang aku suka baca.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penyiaran artikel di blog ini. Maafkan aku sebab ada antara artikel ni aku x minta kebenaran daripada tuan punya sebelum memuatkan dalam blog ni. Apa pun semoga bahan2 yang diperolehi dari kalian memberi manfaat kepada semua.
Akhir kata andai ada kesilapan, sepuluh jari ku susun tanda maaf dipinta.
Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan keburukan itu datangnya dari diri ku sendiri.
Wassalam.
Blog Archive
-
▼
2009
(21)
-
▼
July
(18)
- Tujuh kalimat
- Kenapa Perlu Sujud?
- ·.·´¯`·c0r4t-c0r3t___3·´¯`·.·
- ·.·´¯`·c0r4t-c0r3t___2·´¯`·.·
- ·.·´¯`·AKU, KAU BERBEZA...·´¯`·.·
- Hikayat Seorang Anak.....1
- ·.·´¯`·Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF·´...
- ·.·´¯`·Peristiwa Israk & Mikraj·´¯`·.·
- ·.·´¯`·Wanita Cantik yg suka Menangis..·´¯`·.·
- ·.·´¯`·DARI SEORANG LELAKI·´¯`·.·
- ·.·´¯`·y0u will l0v3 th1s·´¯`·.·
- ·.·´¯`·trU3 l0v3·´¯`·.·
- ·.·´¯`·c0r4t-c0r3t__1·´¯`·.·,
- ×÷·.·´¯`·nUr k4s1H·´¯`·.·÷×
- ·.·´¯`·su4ra hat1·´¯`·.·
- ·.·´¯`·Pau Ayam·´¯`·.·
- ·.·´¯`·r1ndUny4·´¯`·.·
- ·.·´¯`·su4ra h@t1__1·´¯`·.·
-
▼
July
(18)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment