assalammualaikum...
dah lama rasanya tak update blog ni. sekarang ni, jangankan nak online, nak switch on laptop pun rasa malas. hmmm..ntah la... gejala masa mengandung kut.
sejak kebelakangan ni selera makan pun dah mula berkurangan. nasib baik tak der masalah morning sickness. mual2 sikit tu ada la...tp x der la sampai nak muntah. cuma alah dgn bau je.
x suka cium bau wangi. pendek kata, semua org kat keliling bau busuk...aku sorang je wangi, walapun kadang2 aku mandi pun x nak guna sabun dan syampu sebab pening cium bau.
hihihi...macam ni rupanya kerenah masa mengandung. dulu aku dengar je pengalaman mak aku, kawan-kawan. sekarang aku dah alami sendiri.
tu pun selepas tiga tahun aku mendirikan rumah tangga. kadang-kadang aku rasa macam mimpi je. tak percaya yang aku ni bakal jadi seorang ibu....minggu lepas aku pergi scan kat hospital, baby dah besar lebih kurang 11mm. kecik je. macam biji kacang. seronok tengok sebab dah ada degupan jantung. tandanya baby aku sihat la. minggu ni usia kehamilan aku dah cecah 8 minggu.
aku harap aku sihat je sepanjang tempoh sembilan bulan ni. semoga aku melahirkan seorang baby yang sempurna fizikalnya, serta sihat. Aminnnn.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ITU AKU
- MyZahra
- Aku bukan tukang masak.... tapi aku suka mencuba untuk memasak... dan aku suka bila orang makan apa yang aku masak...
My Fevret... :D
Total Pageviews
Categories
Popular Posts
-
Sup Ketam dan Cendawan Ala Oriental Bahan: 100 gram cendawan bunga (dihiris) 1 paket crab stick (dicarik-carik) 4 sudu besar tepung ja...
-
Assalammualaikum… Malam ni tetiba jer teringin nak makan nugget buatan sendiri. Resepi nugget ni dapat dari blog Jintan Manis. Sedap… 2 mi...
-
Vanilla cupcake with chocolate topping.... penat mendeko walaupun bunga x berapa menjadi... bangga la jugak sbb kawan puji cantik... Yang ni...
Resepi
Feedjit
My Word
Assalammualaikum wbt..
Blog ni sekadar tempat utk berkongsi pengalaman, perasaan, dan pendapat. Semoga ianya memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya, walaupun sesetengahnya setakat coretan kosong yang tak memberi makna. Maklum je la, bukan jiwa penulis...hehehe,...jd kebanyakan artikel dalam blog ni aku copy paste je dari mana2 sumber yang aku suka baca.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penyiaran artikel di blog ini. Maafkan aku sebab ada antara artikel ni aku x minta kebenaran daripada tuan punya sebelum memuatkan dalam blog ni. Apa pun semoga bahan2 yang diperolehi dari kalian memberi manfaat kepada semua.
Akhir kata andai ada kesilapan, sepuluh jari ku susun tanda maaf dipinta.
Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan keburukan itu datangnya dari diri ku sendiri.
Wassalam.
Blog Archive
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment